Animated Hi

04 May 2013

Percutian menyedihkan...

Tahun 2013 telah memberi satu dugaan yang maha besar terhadap Mawar sekeluarga. Pada bulan April yang lalu, Mawar & keluarga mertua telah membuat satu percutian (Family trip) ke I-city Shah Alam - Cameron Highland - Lost World Tambun. Namun kita manusia hanya mampu merancang tp Dia yang menentukan...

Pada 25hb April 2013 (Khamis), semasa percutian kami ke Cameron Highland, Allah SWT telah menjemput bapa mertua Mawar untuk pergi bertemuNya buat selama-lamanya...betapa luluhnya hati ini untuk menerima dugaan sebegitu besar.

Baru harini Mawar ada kekuatan untuk menulis blog berkenaan percutian ini...semoga abah bahagia disana bersama orang-orang yang beriman.....

Jom Mawar senaraikan tempat-tempat yang sempat Mawar pergi semasa percutian tersebut. Jom layan..

23/4/2013 (Selasa) : 
Kami sekeluarga bertolak dari Langkawi ke I-city Shah Alam.

Semua ahli keluarga memakai T-shirt OREN. Baju tu tertulis 'Family Trip Hj Hussin 2013'. Design tu Mawar sendiri yang buat tau huhuhuhu...
Ni la designnya...comel tak? Kakak Rasya pun dapat tau baju ni..adik ja xdak size...
 So malam tu kami stay kat Shah Alam. Mawar booking 3 bilik di The Tree Boutique Hotel Shah Alam.

Review : Bilik agak besar dan selesa tapi agak berbau. Cadar ada kesan kotor. dalam toilet ada kesan-kesan cat tumpah, kemungkinan hotel baru buat pembaikpulihan (tp kalau xsilap hotel ni baru bukak).

Pastu malam tu Mawar bawak semua ahli keluarga pergi ke I-city (mawar dah pernah pergi so xla excited sangat pon hihihihi). Mawar xsempat langsung nak ambik gambar kat kawasan lampu-lampu tu. Tp Mawar sempat melawat 'Trick Art Museum' disama yang baru dibuka pada hujung tahun lepas.

Jom layan gambar....
Real tak? best tau tempat ni tp kena bawak camera tau kalau tak confirm xsyok...

Bagi makan penguin. Rasa cam bg makan ikan kat penguin du Underwater World Langkawi jer hahahahaha

Spiderman!!! bantu saya...hhuhuhuhuhuhu

Splashhh!!! wah basah kakcik tu karang kena simbah air...huhuhuhuhuhu

MummieMia ni...macam realkan dalam gambar....

tebang pokok tengok tempat lain..jatuh batang pokok tu baru tau.

Amboi En Hubby...nak jugak dia noooo

Kakak baik2 jatuh dalam lubang tu satgi...hahahahah gedikssss

Kakak Rasya nak terbang.... My little angel....


hahahahah yang best....abah mertua Mawar pun sampai tergelak tengok....

Makk baik2 tau.....eh eh mak ni pandai plak posing

Kakak Rasya perah susu

Mak mertuaku yang sangat sporting :)



semua gambar-gambar tu tangkap guna handfon ja, tu pun handfon yusuf. Handfon Mawar tertinggal kat hotel h/phone Mr Hubby pulak bateri habis...hummmmmm


24/4/2013 (Rabu) : 
Keesokannya kami sekeluarga bertolak pergi nilai 3 untuk shopping2...
Pastu terus kami bertolak naik Cameron Highland. Sampai agak lewat dalam pukul 6 kot xsilap. Kami berhenti minum di Teh Boh.
time ni tengok arwah abah best ja...Kakak Rasya pulak tengah pening time ni...
Kakak Rasya agak meragam sikit sbb pening drive kat jalan berliku-liku tadi. dan adik pun agak meragam haritu. xmau kat sesapa pun termasuk arwah abah :(
 Malam tu kami semua tidur dekat Apartment di Puncak Arabella. Itu la tempat terakhir arwah bermalam...

dah xleh nak cerita dah...sedih la bila ingat balik macamna happynya arwah malam tu. Gelak ketawa arwah masih segar diingatan. Last benda yang arwah buat untuk Mawar, dia bagi Mawar ayam goreng bekas dia makan. Syahdu ja rasa bila ingat balik...k la karang nangis plak...Bye...

Hargailah ibu bapa anda selagi sempat.........


"Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn kebahagian..."

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...