19 Dis 2010 merupakan hari genapnya kami menjadi suami isteri selama 2 tahun. Kami disatukan berwalikan Imam pada hari Jumaat di Masjid Al-hana Langkawi. Aku & Faizal, berkenalan dalam suasana yang sangat tiba2.
Mengenali dgn lebih rapat di tempat yang sangat ramai orang dan pada masa yang sangat tidak sesuai iaitu semasa mempromosikan produk pelancongan Langkawi di PWTC KL.
Siapa sangka, dia sekarang adalah abah kepada anakku!
Terima kasih Sayang (ayat jiwang sikit..ehehe) kerana membahagiakan hidup ini, tidak pernah rasa sekalipun rasa diri di abaikan, malah rasa kasih dan sayang semakin bertambah dengan adanya seorang insan kecil dalam hidup kita dapat menyerikan dan melengkapkan lagi kehidupan kita.
Catatan Diariku...
Tanggal 7 November 2008 tarikh pertunangan kami ditetapkan, en.Suami menjadi tunangan aku selama 1 bulan sahaja :D..sepanjang alam pertunangan pelbagai cerita pahit manis yang datang.. sesungguhnya alam pertunangan itu amat menguji hati kami..
Tanggal 19 Disember 2008, alhamdullilah diusia 22 tahun aku telah selamat diijabkabulkan. Ketika ini spt tidak sangka yang aku telah menjadi isteri kepada en.Suami..Insyaalah aku akan menjadi isteri yang terbaik...itu janji aku
26 Disember 2008, Majlis persandingan dijalankan di Underwater World Langkawi...kami sangat gembira! Kerana ia merupakan salah satu saat yang indah tercatat dalam diari kami berdua.
March 2009, aku disahkan mengandung..selepas 3 bulan melayari bahtera sebagai pasangan suami isteri. Gembiranya aku dan en.Suami bukan kepalang...cahaya mata pertama kami.
23 November 2009, benih cinta kami telah dilahirkan di dunia. Syukur ya Allah...Rasya Danisha, permaisuri dihati kami..
19 Disember 2009, ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Disambut bersama Rasya Danisha dalam keadaan masih berpantang..
Ini adalah hadiah dan anugerah terbesar sempena hari ulang tahun perkahwinan kami yang pertama.. Walaupun tiada hadiah diberikan oleh en suami pada tahun itu, Namun jauh didalam hati aku Rasya lah hadiah yg paling bernilai dari emas, permata, berlian dan segala2 harta di dunia ini...
Semoga perkahwinan aku dan en.Suami kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Jauhkanlah dari segala anasir2 luar. Kuatkanlah iman kami...sucikanlah hati kami...aminnnn....
Sayang pada Abah dan Rasya Danisha byk2!!
Ini adalah hadiah dan anugerah terbesar sempena hari ulang tahun perkahwinan kami yang pertama.. Walaupun tiada hadiah diberikan oleh en suami pada tahun itu, Namun jauh didalam hati aku Rasya lah hadiah yg paling bernilai dari emas, permata, berlian dan segala2 harta di dunia ini...
Semoga perkahwinan aku dan en.Suami kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Jauhkanlah dari segala anasir2 luar. Kuatkanlah iman kami...sucikanlah hati kami...aminnnn....
Sayang pada Abah dan Rasya Danisha byk2!!
19 Disember 2010 merupakan anniversary kami yg ke 2..Impianku tahun ini, ingin benar aku mengajak suamiku makan malam di atas cruise sambil menikmati sunset di tengah laut Pulau Langkawi nan indah ini. Namun semuanya hanya impian semata2 kerana seperti biasa , walaupun hari ini sepatutnya menjadi hari kami berdua namun si kecil Rasya tak pernah kami tinggalkan. Jadi rancangan seperti itu tidak sesuai buat masa sekarang ini memandangkan Rasya baru mencecah 1 tahun dan sangat berbahaya membawa anak sebesar itu di tengah laut yg penuh ombak dan badai...Oh tidakkkk!huhuhuhu...
...hadiah untuk tahun ini juga amat special..suami membuat kejutan dengan menghantar sejambak bunga kepada ku di office..wahhh terkejut besar Mawar time tuh :)....dan untuk si dia pula seawal pagi lagi Mawar sudah belikan sekotak chocolate (Ferrero Garden :(...xsedap ok..Ferrero original lagi ummmph!) untuk si suami :)....dan chocolate tersebut Mawar hantar sendiri kepada suami di officenya....so cute kan?huhu... then pada mlm tersebut we have a candle light dinner :) so ramantic moment :')
No comments:
Post a Comment