Huh keputusan temuduga ku yang lepas adalah 'calon simpanan'.....
ni nak kata berjaya pun tak, tak berjaya pun tak jugak...sebelah kaki jer la :( huhuh... calon simpanan ni boleh dikatakan calon yang akan diserap ke dalam sektor awam sekiranya terdapat calon yang telah berjaya di dalam temuduga sebelumnya menolak jawatan yang ditawarkan. Maknanya dia taknak bekerja dengan kerajaan la walaupun dah berjaya temuduga.. (hummm tipis harapan)
Then after that, jawatankuasa pemilihan akan memilih calon – calon simpanan yang macam Mawar ni la untuk menggantikan mereka yang telah menolak jawatan tersebut. Sekiranya calon simpanan tadi juga menolak, calon simpanan kedua pula akan dipilih. Begitulah alkisahnya….
Tapi ada juga kes – kes tertentu…calon simpanan ini akan diserap masuk ke dalam perkhidmatan awam. Contohnya: PM arahkan mereka yang berstatus ‘calon simpanan’ diberikan kerja serta merta ataupun terdapat keperluan kakitangan yang segera oleh sektor awam.
Biasanya, calon simpanan ini diberi tempoh menunggu setahun dan ada juga diberi masa 6 bulan. Ada juga calon yang menunggu hanya dalam 2 bulan sudah dipanggil melaporkan diri untuk jawatan tetap tersebut. Rezeki….Dan ada juga calon simpanan yang selepas setahun 2 bulan baru dipanggil untuk melaporkan diri. Walaupun tempoh menunggu dijanjikan setahun, tapi masih ada peluang selepas tempoh tersebut tamat. Dan ada juga yang memang tak dapat – dapat juga walaupun dah lebih setahun menjadi calon simpanan. Memang tiada rezeki untuk mereka. Pada pandangan Mawar, peluang calon simpanan ini untuk diserap ke dalam sektor awam adalah kurang dari 50%. Betul tak ???? sangat sedih :(
Jika ada kawan-kawan Mawar yang mendapat keputusan sebagai Calon Simpanan, usahlah kecewa. Itu adalah satu kejayaan juga buat kita. Jika ada rezeki, kita akan dipanggil melaporkan diri. Jika tidak, usaha lagi di lain masa. hihihihi (pujuk hati sendiri juga nih) Dan ada satu tips ni Mawar dapat. Dia suruh simpan result ‘calon simpanan’ itu baik – baik. Ini kerana ianya boleh digunakan untuk temuduga lagi di lain – lain masa. Anda boleh menunjukkan/masukkan dalam fail keputusan tersebut untuk rujukan/tatapan panel penemuduga pada masa akan datang. Ini mampu mempengaruhi emosi panel yang menemuduga anda di lain masa nanti. Manatahu dia berkata
“Wah! Calon ini dah berjaya menjadi calon simpanan rupa – rupanya…Bolehla tolong sikit…”.
"Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn kebahagian..."
No comments:
Post a Comment