Animated Hi

12 September 2011

PROMOSI SYAWAL

Kepada sesiapa yg berminat mendapatkan perkhidmatan ice blended kami untuk open house sempena hari raya di rumah anda mahupun parti hari jadi, bolehlah menghubungi kami ditalian Anie (0129938553) & Faizal (0125319280) utk tempahan. Tq :)

Promosi sempena syawal :
Dengan pembelian 100pcs small cup akan mendapat 10pcs lg small cup PERCUMA & dengan pembelian 100pcs regular cup pula akan mendapat 10pcs regular cup secara PERCUMA.

Info:
Small cup - $2.50
Regular cup - $3.50

11 September 2011

Ice blended

Haluuuu.. Lupa nak inform kat Cik jenab & Cik kiah semua ni yg mawar sekarang ni dah berhenti kerja di hotel 'tersebut' tu.. Sekarang ni mawar dah buka satu business ni.. Business woman la kiranya mawar ni yer huhuhu.. Mawar buka business ice blended... Fuuuyoooo xcaya? Kena caya gak sebb benda ni kenyataan :) nak tau camna mawar leh terlibat ngan semua ni? Gini citonya.....

Pada suatu hari terdetiklah satu perasaan nak berhenti kerja kat tempat lama mawar dulu tu, mungkin presure kerja agaknya.. Mawar ni xtahan presure sikit anak manja la katakan hihihi :p so mawar search la internet tentang peluang2 perniagaan yg ditawarkan yg boleh mawar buat utk tampung hidup mawar pasni. Then terbukalah satu laman blog ni 'UK ICEBLENDZ' dia punya pakej sangat menarik perhatian mawar. Kalau korang nak ushar ni add blog dia http://ukiceblendz.blogspot.com/ . Dengan modal xsampai 3k mawar dah boleh buka business ni :) tp tempat berniaga juga memainkan peranan penting k. Kalau tempat xcun setakat boleh hidup jer business korang tu nanti. Alhamdulillah tempat mawar berniaga sekarang port luck la juga. Tempat pelancongan utama kat langkawi ni iaitu Langkawi Cable Car :) so rezki mawar la kan? Apa pun doakan yg terbaik utk pilihan yg mawar pilih ni k :) mawar pun doakan yg terbaikkkk punya kat korang... :)

Takin care :))

Hei im back!

Lama rasanya xupdate blog ni.. Sekarang ni mawar dah boleh update selalula melalui phone, bukan my phone tp i phone hahahaha (gelak besaq baq hang:p)..

Ok tunggu next post :)

24 February 2011

DIGITAL CAMERA (NIKON-COOLPIX L21)


Mawar ada benda nak kasi tau korang semua, Mawar ada nak jual digital camera. Mawar baru jer beli camera ni 4 months ago. Incik Suami yang belikan. Mawar nak jual bukan sebab rosak tau tapi sebab last few days Mawar berjalan2 ke kedai Canon dekat office Mawar nih. Tujuan utamanya nak beli mouse computer Mawar nih rosak. Masa membeli tuh mata ni meliarla kesana sini memerhatikan segenap penjuru kedai tuh....nak jadi ceritanya ternampakla bahagian promosi tu tulis "Special promo"... so hati ni tergerakla nak pergi tengok dekat2 then tengok ada HD videocam dari DigiLife buat promosi... RM699 + + jer.....


Nak beli compom incik Suami xbagi punya sebab dia baru belikan Mawar digital camera nih...so dah bincang ngan 'him' and dia setuju Mawar jualkan digital camera tuh. Sebab tu la Mawar nak jual digital camera nih...




KEY FEATURES :-

~ 8.0 effective megapixels for high-resolution images

~ 3.6x zoom, NIKKOR lens

~ 6.2cm(2.5-in.), approx. 230k-dot TFT LCD

~ Easy Auto Mode with Scene Auto Selector provides quick, carefree picture-taking in a variety of situations.

~ Powered by commonly available AA-size/R6 batteries

~ High performance Electronic VR image stabilization

~ High ISO 1600

~ Motion Detection for sharp, steady results

~ Nikon's original BSS (Best Shot Selector) shoots a maximum of 10 sequential shots and selects the sharpest image

~ Movie shooting at 640 x 480 (30 fps) with sound

~ Smart Portrait System including Face-priority AF, Smart Portrait Mode, Blink Warning and In-Camera Red-Eye Fix

Mawar nak jual digital camera nih dengan harga 
RM 400

So sesapa yang berminat boleh PM mawar k




"Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn kebahagian..."

11 February 2011

Fuhhh!

Di inspirasikan oleh rancangan hiburan di TV3 iaitu 'fuhhh!'...hihihi...xder la haritu tengok cerita fuhh tu asyik geledah beg artis jer...so apakata kita check h/bag Mawar hari ni ada apa yer....jom!
hahahahaha.....xbanyak barang pun kan...tengok h/bag la...comel jer...;) lagi pun inikan h/bag datang office jer. Mawar xsuka datang office bawak bag beggie-beggie nih...nak gi jalan2 xperla sebab leh masukkan barang-barang asya sekali dalam tuh...huhuhuhu.



"Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn kebahagian..."

02 February 2011



Pejam celik pejam celik dah masuk bulan Februari kan? cepatnya masa berlalu.. Rasanya azam Mawar untuk tahun ni akan tercapai awal sikit..hihihihi..sebab Incik Suami cadang nak belikan kereta idaman Mawar as a present tahun nih.... wahhhhh dasat kan??? huhuhu

So melaram sakan la yer cik Mawar pasni dengan new car nye...huhuhu..
Sangat excited nih...

Apa keretanya ???

.......Tungguuuuu.....

Bawa bersabar yer semua, pas Mawar dapat prezen tu nanti baru i bagi tau u allz semua k...
SURPRISE!!!!!!!!!

So sekarang nih Incik Suami suh Mawar cari no plat yang cun2 la untuk kereta tu nanti... Dia nak Mawar pilih sendiri.....
hummm agak2 apa number yang cantik yer???



"Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn kebahagian..."

20 January 2011

Calon Simpanan :(


Huh keputusan temuduga ku yang lepas adalah 'calon simpanan'.....
ni nak kata berjaya pun tak, tak berjaya pun tak jugak...sebelah kaki jer la :( huhuh... calon simpanan ni boleh dikatakan calon yang akan diserap ke dalam sektor awam sekiranya terdapat calon yang telah berjaya di dalam temuduga sebelumnya menolak jawatan yang ditawarkan. Maknanya dia taknak bekerja dengan kerajaan la walaupun dah berjaya temuduga.. (hummm tipis harapan)

Then after that, jawatankuasa pemilihan akan memilih calon – calon simpanan yang macam Mawar ni la untuk menggantikan mereka yang telah menolak jawatan tersebut. Sekiranya calon simpanan tadi juga menolak, calon simpanan kedua pula akan dipilih. Begitulah alkisahnya….

Tapi ada juga kes – kes tertentu…calon simpanan ini akan diserap masuk ke dalam perkhidmatan awam. Contohnya: PM arahkan mereka yang berstatus ‘calon simpanan’ diberikan kerja serta merta ataupun terdapat keperluan kakitangan yang segera oleh sektor awam.

Biasanya, calon simpanan ini diberi tempoh menunggu setahun dan ada juga diberi masa 6 bulan. Ada juga calon yang menunggu hanya dalam 2 bulan sudah dipanggil melaporkan diri untuk jawatan tetap tersebut. Rezeki….Dan ada juga calon simpanan yang selepas setahun 2 bulan baru dipanggil untuk melaporkan diri. Walaupun tempoh menunggu dijanjikan setahun, tapi masih ada peluang selepas tempoh tersebut tamat. Dan ada juga yang memang tak dapat – dapat juga walaupun dah lebih setahun menjadi calon simpanan. Memang tiada rezeki untuk mereka. Pada pandangan Mawar, peluang calon simpanan ini untuk diserap ke dalam sektor awam adalah kurang dari 50%. Betul tak ???? sangat sedih :(

 Jika ada kawan-kawan Mawar yang mendapat keputusan sebagai Calon Simpanan, usahlah kecewa. Itu adalah satu kejayaan juga buat kita. Jika ada rezeki, kita akan dipanggil melaporkan diri. Jika tidak, usaha lagi di lain masa. hihihihi (pujuk hati sendiri juga nih) Dan ada satu tips ni Mawar dapat. Dia suruh simpan result ‘calon simpanan’ itu baik – baik. Ini kerana ianya boleh digunakan untuk temuduga lagi di lain – lain masa. Anda boleh menunjukkan/masukkan dalam fail keputusan tersebut untuk rujukan/tatapan panel penemuduga pada masa akan datang. Ini mampu mempengaruhi emosi panel yang menemuduga anda di lain masa nanti. Manatahu dia berkata 
“Wah! Calon ini dah berjaya menjadi calon simpanan rupa – rupanya…Bolehla tolong sikit…”.




"Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn kebahagian..."

07 January 2011

Happy 2011

Humm dah 8 hari kita masuk tahun barukan? Mawar lupa nak wish Happy New Year... Happy 2011 yer semua..huhuhu..apa azam tahun baru y'allz tahun ni yer? Azam tahun lepas dah tertunai ker? :P....Azam tahun baru Mawar tahun ni nak tukar kereta..vroom vroom...My old car kan dah jual so Inchik Hubby kenala belikan new car for me..kan kan kan??


Kenapa Mawar jual kereta??? 
mesti korang nak tau kan? yerla sebabnya Mawar nak tukar kereta la n nak tambah hutang huhuhu :P
xla haritu kereta Mawar kan excident langgar pokok :(
isy malu mawar time nih...lucky la terbalik sopan2 jer :) Mawar pun alhamdulillah selamat..n sebab xteruk ni la masih ada org yg mahukannya..huhuhu


Kan Mawar ada kereta lagi satu Inchik Hubby punya ??
Memang la itu kan kereta dia :P
..ni nak beli kereta mawar sendiri huhuhu


Ini antara beberapa jenis kereta yang dah Mawar & Hubby servey : ~

~Honda City ~
Honda City ni cun dah but kecik sikit tapi xkecik sangat la...hihihi..Mawar suka design dia cun...Harga pun ok...Kalau sini punya harga (langkawi) baru ada dalam 60k camtu..spec dia pun ok...

~Toyota Vios TRD~
Yang ni ok tu ok tapi Mawar xberapa suka sangat xtau kenapa, sebab maybe dia nampak too sport car sangat kowt...kalau boleh Mawar nak nampak exclusive car sikit :)hihihi...

~Forte~
Forte ni pun best...Harga untuk 1.6 sini baru ada dalam 58k camtu..good spec..spec dia boleh compare ngan Honda Civic y'allz..keluasan pun lebih luas dari Honda City...Forte mmg 1st target Mawar & Hubby la...Inchik Hubby siap dah ada design dah nak renovate forte nih jadi cam nih
Tukar Rim, pasang skirt & spoiler Honda Civic pastu lowerd sikit..itu jer dah cun habis :)





05 January 2011

Our 2nd Anniversary

19 Dis 2010 merupakan hari genapnya kami menjadi suami isteri selama 2 tahun. Kami disatukan berwalikan Imam pada hari Jumaat di Masjid Al-hana Langkawi. Aku & Faizal, berkenalan dalam suasana yang sangat tiba2.
Mengenali dgn lebih rapat di tempat yang sangat ramai orang dan pada masa yang sangat tidak sesuai iaitu semasa mempromosikan produk pelancongan Langkawi di PWTC KL.

Siapa sangka, dia sekarang adalah abah kepada anakku!


Terima kasih Sayang (ayat jiwang sikit..ehehe) kerana membahagiakan hidup ini, tidak pernah rasa sekalipun rasa diri di abaikan, malah rasa kasih dan sayang semakin bertambah dengan adanya seorang insan kecil dalam hidup kita dapat menyerikan dan melengkapkan lagi kehidupan kita.

Catatan Diariku...


Tanggal 7 November 2008 tarikh pertunangan kami ditetapkan, en.Suami menjadi tunangan aku selama 1 bulan sahaja :D..sepanjang alam pertunangan pelbagai cerita pahit manis yang datang.. sesungguhnya alam pertunangan itu amat menguji hati kami..


Tanggal 19 Disember 2008, alhamdullilah diusia 22 tahun aku telah selamat diijabkabulkan. Ketika ini spt tidak sangka yang aku telah menjadi isteri kepada en.Suami..Insyaalah aku akan menjadi isteri yang terbaik...itu janji aku


26 Disember 2008, Majlis persandingan dijalankan di Underwater World Langkawi...kami sangat gembira! Kerana ia merupakan salah satu saat yang indah tercatat dalam diari kami berdua.


March 2009, aku disahkan mengandung..selepas 3 bulan melayari bahtera sebagai pasangan suami isteri. Gembiranya aku dan en.Suami bukan kepalang...cahaya mata pertama kami.




23 November 2009, benih cinta kami telah dilahirkan di dunia. Syukur ya Allah...Rasya Danisha, permaisuri dihati kami..



19 Disember 2009, ulang tahun perkahwinan kami yang pertama. Disambut bersama Rasya Danisha dalam keadaan masih berpantang..
Ini adalah hadiah dan anugerah terbesar sempena hari ulang tahun perkahwinan kami yang pertama.. Walaupun tiada hadiah diberikan oleh en suami pada tahun itu, Namun jauh didalam hati aku Rasya lah hadiah yg paling bernilai dari emas, permata, berlian dan segala2 harta di dunia ini...
Semoga perkahwinan aku dan en.Suami kekal bahagia sehingga ke akhir hayat. Jauhkanlah dari segala anasir2 luar. Kuatkanlah iman kami...sucikanlah hati kami...aminnnn....
Sayang pada Abah dan Rasya Danisha byk2!!





19 Disember 2010 merupakan anniversary kami yg ke 2..Impianku tahun ini, ingin benar aku mengajak suamiku makan malam di atas cruise sambil menikmati sunset di tengah laut Pulau Langkawi nan indah ini. Namun semuanya hanya impian semata2 kerana seperti biasa , walaupun hari ini sepatutnya menjadi hari kami berdua namun si kecil Rasya tak pernah kami tinggalkan. Jadi rancangan seperti itu tidak sesuai buat masa sekarang ini memandangkan Rasya baru mencecah 1 tahun dan sangat berbahaya membawa anak sebesar itu di tengah laut yg penuh ombak dan badai...Oh tidakkkk!huhuhuhu...


...hadiah untuk tahun ini juga amat special..suami membuat kejutan dengan menghantar sejambak bunga kepada ku di office..wahhh terkejut besar Mawar time tuh :)....dan untuk si dia pula seawal pagi lagi Mawar sudah belikan sekotak chocolate (Ferrero Garden :(...xsedap ok..Ferrero original lagi ummmph!) untuk si suami :)....dan chocolate tersebut Mawar hantar sendiri kepada suami di officenya....so cute kan?huhu... then pada mlm tersebut we have a candle light dinner :) so ramantic moment :')

02 January 2011

Kau Tercipta Untukku....Rasya Danisha...

Kehadapan Rasya Danisha kesayangan Ibu & Abah, 23/11/2009, masih segar diingatan kami berdua,Lahirnya awak kedunia ni mengikat kasih antara Ibu dan Abah yang kian bersemi tepat jam 10.00 pagi,Masih ingatkah awak berada dalam rahim Ibu selama 40 minggu?Namun 40 minggu nan indah dilalui oleh Ibu dengan tabah walaupun banyak mengidam ntah apa-apa ntah.Tapi abah awaklah yang paling tabah melayan karenah Ibu.Terima kasih yer Sayang...

Rasya Danisha, Semoga awak jadi anak yang solehah yer... Awak tahu tak makna nama awak ? Rasya tu Petunjuk, awak bagai cahaya yang memberi petunjuk buat Ibu ngan Abah tau..Danisha pula bermaksud seseorang yang bijaksana, semoga awak jadi anak yang pandai...semoga akhlak awak terbaik macam Saidatina Aisyah...Amin....

 Rasya Danisha, Jangan ikut apa yang tak baik yang selalu keluar dari mulut Ibu, Ibu tersasul lah... Jangan nakal sangat, jangan gigit orang, jangan pukul orang kat rumah pengasuh..Buat kat Ibu tak per, Ibu boleh gigit balik, Ibu boleh  pukul balik, tapi bila orang buat awak balik, Ibu jadi tak keruan...Janganlah degil bila Ibu suh pakai baju, nanti btol-btol cicak masuk dalam punggung awak tu baru tau. Tolonglah jangan manjat2 macam jantan, tahulah sepupu-sepupu awak semua lucky-lucky,

 Rasya Danisha apapun terjadi, Ibu dan Abah tetap sayang awak,Awak tak pakai baju pun Ibu dan Abah tetap sayang awak,Awak tak suka mandi banyak pun Ibu dan Abah tetap sayang awak, Awak suka makan bubur ayam Mc'D hari-hari pun Ibu dan Abah tetap sayang awak, Awak suka bibird pun Ibu dan Abah tetap sayang awak. Segala-galanya tentang awak Ibu dan Abah sayang kat awak.

Salam Sayang,


Abah dan Ibu

Rasya Danisha's 1st Birthday Bash!!

Click to play this Smilebox collage
Create your own collage - Powered by Smilebox
This free picture collage created with Smilebox







sorry lambat upload gambar birthday party Rasya. Untuk tahun nih tema birthday party Rasya adalah Ladybugs ('',) so tetamu yg datang malam tu semunya bertemakan black & red jer :)...ingat tahun depan nak buat tema garfiled pulak..wahhhh dah plan dah nih huhuhu :P

ok la kita layan beberapa gambar semasa beday party si kecil Rasya ni...

Ini gambar Rasya bersama aunty Amah..aunty Amah pun sporting habis :) satu familly datang berpakaian serba hitam merah... cute sangat :)




Beday cake Rasya tahun ni Mawar pilih number 1 sempena beday party dia yang pertama &  favor dia pulak mawar pilih chocolate moist but bagi Mawar rasa dia biasa2 jer tak la nak kata marvelous sangat so and so jer :P....














dengan kehadiran Mr Chipmunk itu telah menceriakan lagi party Rasya hari itu hihihi... havoc sangat ada Mr Chipmunk nih but Rasya little bit scared sikit. maybe because besar sangat kot Chipmunk tuh.




Tadaa balloons :) fav things Rasya for that night :)



Childrens playing ladybug pull pinata yang Mawar buat :)...soo fun you know..actually that night have a two games. 1st game prepared by Marrybrown it self (music dancing) & one more game was prepared by Mawar sendiri (ladybug pull pinata).


See how they excited :).... fokus jgn xfokus..huhuhu










Time nih Rasya dah tukar baju..hihihi (macam majlis khawin plak kan siap tukar2 baju gitu :P)


Gambar nih masa penyerahan hadiah dari Marrybrown...good job guys...u all best sangat!




Wahh bukan senang tau nak kumpulkan semua family dalam satu masa..time ni very sentimental value huhu...tqs all my family yang selalu memberi support..i love u all 


The presents.....

Gelang kaki hadiah daripada My mother inlaw (Rasya grandmother)

This is also from my mother inlaw... Dalam banyak2 hadiah Rasya, hadiah ini yang paling Mawar suka :)..its very cute bila Rasya pakai.

Prezen from me & hubby :)..dah bawak Rasya jalan2 dengan bicycle ini..

All prezen yang Rasya dapat that night :)

Hope tahun depan lebih happening and lebih banyak hadiah :))))))






Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...