Animated Hi

04 May 2013

Percutian menyedihkan...

Tahun 2013 telah memberi satu dugaan yang maha besar terhadap Mawar sekeluarga. Pada bulan April yang lalu, Mawar & keluarga mertua telah membuat satu percutian (Family trip) ke I-city Shah Alam - Cameron Highland - Lost World Tambun. Namun kita manusia hanya mampu merancang tp Dia yang menentukan...

Pada 25hb April 2013 (Khamis), semasa percutian kami ke Cameron Highland, Allah SWT telah menjemput bapa mertua Mawar untuk pergi bertemuNya buat selama-lamanya...betapa luluhnya hati ini untuk menerima dugaan sebegitu besar.

Baru harini Mawar ada kekuatan untuk menulis blog berkenaan percutian ini...semoga abah bahagia disana bersama orang-orang yang beriman.....

Jom Mawar senaraikan tempat-tempat yang sempat Mawar pergi semasa percutian tersebut. Jom layan..

23/4/2013 (Selasa) : 
Kami sekeluarga bertolak dari Langkawi ke I-city Shah Alam.

Semua ahli keluarga memakai T-shirt OREN. Baju tu tertulis 'Family Trip Hj Hussin 2013'. Design tu Mawar sendiri yang buat tau huhuhuhu...
Ni la designnya...comel tak? Kakak Rasya pun dapat tau baju ni..adik ja xdak size...
 So malam tu kami stay kat Shah Alam. Mawar booking 3 bilik di The Tree Boutique Hotel Shah Alam.

Review : Bilik agak besar dan selesa tapi agak berbau. Cadar ada kesan kotor. dalam toilet ada kesan-kesan cat tumpah, kemungkinan hotel baru buat pembaikpulihan (tp kalau xsilap hotel ni baru bukak).

Pastu malam tu Mawar bawak semua ahli keluarga pergi ke I-city (mawar dah pernah pergi so xla excited sangat pon hihihihi). Mawar xsempat langsung nak ambik gambar kat kawasan lampu-lampu tu. Tp Mawar sempat melawat 'Trick Art Museum' disama yang baru dibuka pada hujung tahun lepas.

Jom layan gambar....
Real tak? best tau tempat ni tp kena bawak camera tau kalau tak confirm xsyok...

Bagi makan penguin. Rasa cam bg makan ikan kat penguin du Underwater World Langkawi jer hahahahaha

Spiderman!!! bantu saya...hhuhuhuhuhuhu

Splashhh!!! wah basah kakcik tu karang kena simbah air...huhuhuhuhuhu

MummieMia ni...macam realkan dalam gambar....

tebang pokok tengok tempat lain..jatuh batang pokok tu baru tau.

Amboi En Hubby...nak jugak dia noooo

Kakak baik2 jatuh dalam lubang tu satgi...hahahahah gedikssss

Kakak Rasya nak terbang.... My little angel....


hahahahah yang best....abah mertua Mawar pun sampai tergelak tengok....

Makk baik2 tau.....eh eh mak ni pandai plak posing

Kakak Rasya perah susu

Mak mertuaku yang sangat sporting :)



semua gambar-gambar tu tangkap guna handfon ja, tu pun handfon yusuf. Handfon Mawar tertinggal kat hotel h/phone Mr Hubby pulak bateri habis...hummmmmm


24/4/2013 (Rabu) : 
Keesokannya kami sekeluarga bertolak pergi nilai 3 untuk shopping2...
Pastu terus kami bertolak naik Cameron Highland. Sampai agak lewat dalam pukul 6 kot xsilap. Kami berhenti minum di Teh Boh.
time ni tengok arwah abah best ja...Kakak Rasya pulak tengah pening time ni...
Kakak Rasya agak meragam sikit sbb pening drive kat jalan berliku-liku tadi. dan adik pun agak meragam haritu. xmau kat sesapa pun termasuk arwah abah :(
 Malam tu kami semua tidur dekat Apartment di Puncak Arabella. Itu la tempat terakhir arwah bermalam...

dah xleh nak cerita dah...sedih la bila ingat balik macamna happynya arwah malam tu. Gelak ketawa arwah masih segar diingatan. Last benda yang arwah buat untuk Mawar, dia bagi Mawar ayam goreng bekas dia makan. Syahdu ja rasa bila ingat balik...k la karang nangis plak...Bye...

Hargailah ibu bapa anda selagi sempat.........


"Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn kebahagian..."

07 April 2013

Welcome back!


Hi! setelah sekian lama tidak bersua (cewah....) kembali Mawar meliuk lintukkan jari jemari ini menaip kembali blogger mawar ini yang telah bersarang selama hampir 2 tahun....wah wah wah lama nau...hahahahaha...

so harapan mawar agar tahun ni mawar dapat merajin kan jari jemari mawar ini almaklumlah busy momma camnilah....utk pengetahuan uolls mawar kini dah ada dua orang anak tau.... hummm makin sibuklah mawar sekarang ni kan? hummm tapi memandangkan sekarang ni mawar tengah ada semangat so diharapkan harapan mawar tidaklah hangat2 taik ayam kan...insyaalah.....


"Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn kebahagian..."

12 September 2011

PROMOSI SYAWAL

Kepada sesiapa yg berminat mendapatkan perkhidmatan ice blended kami untuk open house sempena hari raya di rumah anda mahupun parti hari jadi, bolehlah menghubungi kami ditalian Anie (0129938553) & Faizal (0125319280) utk tempahan. Tq :)

Promosi sempena syawal :
Dengan pembelian 100pcs small cup akan mendapat 10pcs lg small cup PERCUMA & dengan pembelian 100pcs regular cup pula akan mendapat 10pcs regular cup secara PERCUMA.

Info:
Small cup - $2.50
Regular cup - $3.50

11 September 2011

Ice blended

Haluuuu.. Lupa nak inform kat Cik jenab & Cik kiah semua ni yg mawar sekarang ni dah berhenti kerja di hotel 'tersebut' tu.. Sekarang ni mawar dah buka satu business ni.. Business woman la kiranya mawar ni yer huhuhu.. Mawar buka business ice blended... Fuuuyoooo xcaya? Kena caya gak sebb benda ni kenyataan :) nak tau camna mawar leh terlibat ngan semua ni? Gini citonya.....

Pada suatu hari terdetiklah satu perasaan nak berhenti kerja kat tempat lama mawar dulu tu, mungkin presure kerja agaknya.. Mawar ni xtahan presure sikit anak manja la katakan hihihi :p so mawar search la internet tentang peluang2 perniagaan yg ditawarkan yg boleh mawar buat utk tampung hidup mawar pasni. Then terbukalah satu laman blog ni 'UK ICEBLENDZ' dia punya pakej sangat menarik perhatian mawar. Kalau korang nak ushar ni add blog dia http://ukiceblendz.blogspot.com/ . Dengan modal xsampai 3k mawar dah boleh buka business ni :) tp tempat berniaga juga memainkan peranan penting k. Kalau tempat xcun setakat boleh hidup jer business korang tu nanti. Alhamdulillah tempat mawar berniaga sekarang port luck la juga. Tempat pelancongan utama kat langkawi ni iaitu Langkawi Cable Car :) so rezki mawar la kan? Apa pun doakan yg terbaik utk pilihan yg mawar pilih ni k :) mawar pun doakan yg terbaikkkk punya kat korang... :)

Takin care :))

Hei im back!

Lama rasanya xupdate blog ni.. Sekarang ni mawar dah boleh update selalula melalui phone, bukan my phone tp i phone hahahaha (gelak besaq baq hang:p)..

Ok tunggu next post :)

24 February 2011

DIGITAL CAMERA (NIKON-COOLPIX L21)


Mawar ada benda nak kasi tau korang semua, Mawar ada nak jual digital camera. Mawar baru jer beli camera ni 4 months ago. Incik Suami yang belikan. Mawar nak jual bukan sebab rosak tau tapi sebab last few days Mawar berjalan2 ke kedai Canon dekat office Mawar nih. Tujuan utamanya nak beli mouse computer Mawar nih rosak. Masa membeli tuh mata ni meliarla kesana sini memerhatikan segenap penjuru kedai tuh....nak jadi ceritanya ternampakla bahagian promosi tu tulis "Special promo"... so hati ni tergerakla nak pergi tengok dekat2 then tengok ada HD videocam dari DigiLife buat promosi... RM699 + + jer.....


Nak beli compom incik Suami xbagi punya sebab dia baru belikan Mawar digital camera nih...so dah bincang ngan 'him' and dia setuju Mawar jualkan digital camera tuh. Sebab tu la Mawar nak jual digital camera nih...




KEY FEATURES :-

~ 8.0 effective megapixels for high-resolution images

~ 3.6x zoom, NIKKOR lens

~ 6.2cm(2.5-in.), approx. 230k-dot TFT LCD

~ Easy Auto Mode with Scene Auto Selector provides quick, carefree picture-taking in a variety of situations.

~ Powered by commonly available AA-size/R6 batteries

~ High performance Electronic VR image stabilization

~ High ISO 1600

~ Motion Detection for sharp, steady results

~ Nikon's original BSS (Best Shot Selector) shoots a maximum of 10 sequential shots and selects the sharpest image

~ Movie shooting at 640 x 480 (30 fps) with sound

~ Smart Portrait System including Face-priority AF, Smart Portrait Mode, Blink Warning and In-Camera Red-Eye Fix

Mawar nak jual digital camera nih dengan harga 
RM 400

So sesapa yang berminat boleh PM mawar k




"Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn kebahagian..."

11 February 2011

Fuhhh!

Di inspirasikan oleh rancangan hiburan di TV3 iaitu 'fuhhh!'...hihihi...xder la haritu tengok cerita fuhh tu asyik geledah beg artis jer...so apakata kita check h/bag Mawar hari ni ada apa yer....jom!
hahahahaha.....xbanyak barang pun kan...tengok h/bag la...comel jer...;) lagi pun inikan h/bag datang office jer. Mawar xsuka datang office bawak bag beggie-beggie nih...nak gi jalan2 xperla sebab leh masukkan barang-barang asya sekali dalam tuh...huhuhuhu.



"Cinta bermula dgn senyuman, mekar dgn ciuman dan berakhir dgn kebahagian..."

Daisypath Anniversary tickers

Daisypath Anniversary tickers

Lilypie Second Birthday tickers

Lilypie Second Birthday tickers
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...